ANNYEONG HASEYO . ^_^ scrolling down..

20100811

sate bermoral value ^^,

setelah sekian lama tidak ku melihat wajahmu , semakin rindu ku kepada mu , oh sate kesayangan ku. akhirnya dapat nikmati mu sepuas-puasnya.

MALAM semalam, sedang ku syok beronline di ruang tamu rumah sambil makan snickers yang bersalutkan coklat dan kekacang yang sungguh sedap lalu rambutku ditiup angin dingin air-con. Tiba2 ku terdengar ayahkku berkata, "cepat2 siap,nanti abah balik terus pegi" .

hah???minda ku memikirkan. blurr sekejap..masih ku tercegat 'ohh..lupe plak,tadi abah ajak pegi makan sate lah..haha..excited !' ku bermonolog.

"ape lagi, cepatlah" mak ku berkata.

Dengan pantas ku bersiap-siap.

"abah, nak pegi mane?" soal nana --kakakku

"ade lah"



PERJALANAN mengambil masa yang agak singkat.

"Nak makan sate lah"nana berkata kan kehendaknya.

"Memang nak makan sate pon" ku berkata.

ABAH pun mengoder lah apa yang patut.

huuuuu...sedapnya,setelah kian lama ku berpuasa daripada makan sate.
sate ayam 30 cucuk tambah pula dengan horlicks ais kegemaranku. 


TIBA-TIBA deria mataku terkejut , jantung hatiku berdegup kencang , sense of my hearing juga terkejut. ku melihat beberapa orang berlari bertempiaran di kawasan restoran. aduhh..terkejut. 

hentaman antara kerusi dan meja yang tidak kuat itu tidaklah memeranjatkan aku. lol.. aku juga melihat salah seorang daripada mereka membawa gari. aik?? ku terfikir sejenak.

tidak sempat ku ingin melihat reaksi mak , abah, nana apabila kejadian tersebut berlaku. ku ingin tahu sama ada mereka terkejut ke seronok ke . haha . . masing-masing syok tengok drama.


mengikut tafsiranku, RUPA-RUPANYA kejadian tersebut berlaku antara polis dan penjenayah. tapi tak tahu lah antara die tu penjenayah ataupun tak. lelaki atara usia 20-an yang tiba-tiba lari ke arah kawasan yang gelap apabila melihat sebuah kereta wira putih menghampiri rumahnya yang berdekatan dengan restoran ku nikmati sate yang lembut lagi enak itu. 

AGAKNYA lelaki tu berhasil melarikan diri ke kawasan semak samun berdekatan dengan restoran itu. 

ibu kepada lelaki tersebut menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada polis tersebut yang sedang duduk berbincang di restoran yang sama. keadaan huru-hara, tetapi anak lelakinya lagi sorang menyelamatkan keadaan. "you think that my children do wrong? pandai-pandai je want to make statement.the other person is wrong.my children are the victims!!!. what you want to be with people now??!!!"(lol,tapi translate b.melayu lahtengking makcik tu kepada sekumpulan polis itu. 

'yelah.. mestilah ibu die anggap anak die tak bersalah. itu kan anak die.' tafsirku sendiri.

Sedang ku melihat kejadian itu, sedar tidak sedar, tinggal beberapa cucuk sate je tinggal. 'oh nooo.. ' getus hatiku.

'aku ke yang makan banyak ni?' ku bermonolog.

'tak pun'

'hurmm'

APA-APAPUN ku sudah kenyang dengan sate yang diingini. selepas ni, burger McD pulak . tapi lain kali la, sekarang dah kenyang sangat. alhamdulillah..

Ngeri jugak lah, kene kalau lelaki tu ada pistol macam mana. tak ke rumit gitu.. 

NAMPAKNYA ,lepas ni dekat kawasan public ni be more careful about what happens around us. yeah..

OK lah, cerita McD coming soon..

bubye


Photobucket


❤ thanks for reading , loveya .

No comments:

Post a Comment

happy with your comment. ^_^